Nazir ( Pn.Hasnah) memberi taklimat kepada semua guru SKPK di Pusat Sumber sekolah
Sabtu, 30 Mei 2009
Gambar-gambar aktiviti PSS SKPK
Pertandingan Public Speaking Peringkat SKPK
Panitia BI, pada tahun 2009, 13Mei telah berjaya mengadakan pertandingan public speaking yang diadakan di Pusat Sumber sekolah. 10 peserta mengambil bahagian dalam acara ini untuk merebut gelaran juara sekaligus menjadi peserta ke pertandingan public speaking peringkat Zon Pegalan, Keningau pada Jun 2009 yang berpusat di SK. Penagatan, Keningau. Syabas dan tahniah kepada yang berjaya iaitu Loreta Jenisi, Evarencia Jaitin, Hani Syafizah Mustaqim.
Kelihatan Teacher June VG, memberikan taklimat kepada tiga orang hakim pertandingan public speaking pada 20.5.2009 di Pusat Sumber sekolah.

Ceria wajah peserta public speaking di pusat sumber anjuran panitia BI semester 1. Yang pasti tetap ada dua lelaki menyertai pertandingan ini.
Loretta Jenisi peserta terbaik dari 10 peserta pertandingan public speaking di pentas penglipurlara Pusat Sumber. Loreta juga johan public speaking peringkat daerah baru-baru ini. Bunga-bunga dalam pasu menghias pentas penglipurlara di pusat sumber ini adalah milik villaza anjung seri yan g di pamerkan waktu public speaking hari itu.
Sabtu, 16 Mei 2009
Mesyuarat Guru Besar Zon Pegalan berpusat di SK.Penagatan
Semua guru besar di Zon Pegalan, seramai 6 buah sekolah iaitu SK. Ansip, SK. Rancangan Biah, SK. Ambual, SK. Kampung Biah dan SK. Penagatandan SK. Membulu,Keningau bermesyuarat di SK. Penagatan yang bertempat di Pusat Sumber SK. Penagatan, Keningau pada 15hb Mei 2009.
Pengerusi mesyuarat tersebut ialah En. Nasip Dipal selaku guru besar SK. Penagatan. Mesyuarat tersebut adalah bertujuan mencari kesepakatan untuk menjayakan satu program khas murid tahun 6 di 5 buah sekolah tersebut iaitu Kem Motivasi yang akan berkampung di SMK Keningau dijangka akan dijayakan pada 8hb Jun 2009. Semoga program ini membawa peningkatan prestasi UPSR di 6 buah sekolah tersebut. SKPK boleh bah.

Rabu, 6 Mei 2009
Salam Muqaddimah...
Warga SK. Penagatan, Keningau yang ceria-ceria
Assalamualaikum wtb....
Alhamdulillah. Laman web ini adalah cetusan ilham daripada GPM untuk diabadikan bagi seluruh warga SK. Penagatan.
Saya mengharapkan agar blog ini dapat dijadikan sebagai wadah yang terbaik bagi setiap warga SKPK untuk berkongsi pengalaman, ilmu, ilham dan wawasan.
Sejajar dengan visi dan misi SKPK, maka GPM telah mengusahakan blog ini sebagai wadah guru, KTBM dan murid-murid untuk mengasah bakat dalam penulisan dan perkongsian ilmu.
Selamat berjuang untuk semua... selamat maju jaya.
Perhatian! SKPK
Azha... GPM
SK. Penagatan

1. Guru besar En. Nasip D tersenyum manis.
2. PK.1 Pn. Helina L dan PK. Hem Pn. Beatrice M bersama Nazir di PSS .

Wajah tenang Pn. Ahini Haisin berbaju batik hijau. Timbalan penyelaras PSS
Langgan:
Catatan (Atom)