Sabtu, 16 Mei 2009

Mesyuarat Guru Besar Zon Pegalan berpusat di SK.Penagatan

Semua guru besar di Zon Pegalan, seramai 6 buah sekolah iaitu SK. Ansip, SK. Rancangan Biah, SK. Ambual, SK. Kampung Biah dan SK. Penagatandan SK. Membulu,Keningau bermesyuarat di SK. Penagatan yang bertempat di Pusat Sumber SK. Penagatan, Keningau pada 15hb Mei 2009.
Pengerusi mesyuarat tersebut ialah En. Nasip Dipal selaku guru besar SK. Penagatan. Mesyuarat tersebut adalah bertujuan mencari kesepakatan untuk menjayakan satu program khas murid tahun 6 di 5 buah sekolah tersebut iaitu Kem Motivasi yang akan berkampung di SMK Keningau dijangka akan dijayakan pada 8hb Jun 2009. Semoga program ini membawa peningkatan prestasi UPSR di 6 buah sekolah tersebut. SKPK boleh bah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan