Rabu, 5 Ogos 2009

Mewarna Jalur Gemilang Tahun 1 Bijak


30hb Julai 2009, 6 murid terbaik mewarna Jalur Gemilang Tahun 1 Bijak telah bertanding mewarna Jalur Gemilang di Pusat Sumber pada jam 12.20 hingga jam 1.00 petang. Antara murid tersebut adalah Nurasidatul Sapinin, Ibnu Mustaqim Md. Zali, Macadam Marcellus, Love Val Jenisi dan Mohd Kamal Anuar. Antara guru yang sempat menyaksikan pertandingan mewarna Jalur Gemilang 1 Bijak ialah cg. Jerama Ak. Reban.

Aktiviti ini julung kali diadakan oleh AJK PSS SKPK. Dan pengadil bagi mewarna Jalur Gemilang tahun 1 Bijak ialah cg. June V. Gabrine. Keputusan mewarna Jalur Gemilang 1 Bijak ialah :-


Johan : Lovea val Jenisi ( 45/50)
N. johan : Ibnu Mustaqim Md. Zali ( 42/50)
Ketiga : Nurasidatul Sapinin ( 40/50)

Tahniah dan syabas GPM ucapkan. Hadiah berupa hamper akan disampaikan semasa perhimpunan rasmi pada hari isnin nanti.

Sedang khusuk mewarna Ibnu dan Kristo Yohan Jaitin di Pusat Sumber.

Cg. Jerama sedang memerhatikan Asidatul dan Lovea Val mewarna Jalur Gemilang.

Macadam dan Kamal juga sedang mewarna Jalur Gemilang.Sedang menilai warna Jalur Gemilang Cg June V. Gabrin di bilik guru SKPK.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan