Ahad, 26 Julai 2009

Perbincangan Pengisian Sukaneka Hari Guru SKPK Di PSS





Nampaknya warga SKPK akan menyambut hari warga guru pada 21hb Julai 2009. Cg Nasrul Hakim Tugino sebagai pengerusi permainan dan sukaneka guru-guru mengadakan perbincangan dengan semua guru pelatih IPGM di PSS, pada 17bhJulai 2009. Antara cadangan guru pelatih ialah, acara sukaneka boling padang, semakin jauh semakin sayang, pakaian beragam, isi air dalam botol, pancing botol, anyam ketupat dan acara dart. Semua guru dalam 4 kumpulan perlu mengambil bahagian. Cg. Nasrul H berkata, hadiah berupa hamper sebagai kemenangan akan diberikan.

Antara guru pelatih yang terlibat mengendalikan sukaneka kali ini ialah Cg. Jamatol Saadiah, Hayati, Rustina, Dg. Suhana, Cg. Ariffin dan Cg. Zulkarnain. Nampaknya selaku guru pembimbing Cg. Nasrul memberikan cabaran kepada mereka berenam.

Cg. Nasrul di PSS mempengerusikan perbincangan mengenai sukaneka hari guru pada 21hbJuly 2009.

Inilah suasan perbincangan tentang sukaneka yang diketuai oleh Cg. Nasrul Hakim Tugino.

Cg. Nasrul bersama 3 orang guru pelatuh IPGM Hayati, Jamatol Saadiah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan