Isnin, 6 Julai 2009

Taman PSS SKPK


Asalamualikum dan salam sejahtera.
Alhamdahulilah dengan izinNya maka sebuah pondok berukurun 10' X 10' siap di bina pada cuti semester pertama baru-baru ini. Pondok ini terbina atas insiatif GPM SKPK selepas berbincang dengan Guru Besar ( En. Nasip Dipal ) Projek jangka panjang ini adalah untuk membantu pihak AJK keceriaan sekolah dalam usaha menceriakan kawasan sekolah secara berterusan. Projek keceriaan ini diberi nama Taman PSS kerana usaha yang telah dirancang oleh GPM selaku ketua penasihat kelab PSS SKPK.

Pondok ini memakan kos sebanyak RM500, di mana pembinaan telah dibuat oleh En. Fian Jakirin dan dibantu oleh saudara Ali hasan Hasyim. Sebagai langkah pertama penanaman bunga-bungaan di dalam pasu serta mengumpul pasu-pasu sekolah yang masih berbunga tetapi tidak dipelihara dengan baik. Pengemburan, pembajaan dan penyiraman harus dengan cara yang tepat sebagai membantu pokok bunga menjadi subur, membiak dan segar dipandang. Bukan mudah usaha ini tetapi perlu pengorbanan semua pihak AJK Taman PSS serta seluruh warga SKPK. Berjayakah program sub keceriaan ini, sama-sama kita realisasikannya, saling membantu dan bekerjasama. Projek taman pss ini buka untuk GPM sahaja tetapi perlu gadingan idea dikalangan guru-guru serta KTBM. GPM selaku pengerusi Taman PSS SKPK berharap guru besar, PK2 dan semua guru-guru memberikan sokongan kepada usaha yang sedang bermula ini dan diharapkan akan berterusan sehingga SKPK berdiri megah di kaki bukit ini. Kepada AJK yang akan dilantik tahniah dan syabas juga kepada murid yang masuk member Taman PSS ini atau kelab T-Club SKPK 2009.
Murid lelaki tahun 3 bijak bergotong royong mengguling batang kayu untuk dijadikan tempat duduk di pondok Taman PSS pada 23.07.2009.
Murid perempuan juga tidak keinggalan menyumbangkan bakti membawa batang kayu ke taman pss baru-baru ini. Mereka kelihaan sungguh seronok dan bekerjasama.
Ini pula gambar GPM bersama murid 3 bijak, selepas kerja gotong royong selesai. Best tengok murid basahkan tekak dengan aiskrim.
Timbalan penyelaras PSS juga sempat bergambar bersama murid 3 bijak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan