Asalamualaikum dan salam sejahtera..
Di dalam ruangan ini, GPM cuba memaparkan beberapa perkongsian ilmu yang menjurus kepada kepentingan, peranan dan maklumat tentang PSS di sekolah. Secara langsung GPM cuba menyebarkan kepada umum bahawa PSS SKPK berfungsi dengan paparan aktiviti-aktiviti mengikut takwim yang telah dirancang atur sejak awal tahun 2009. Terlebih dahulu salam kemaafan di pohon jika nanti selepas membaca maklumat yang disampaikan diruang ini, ada yang kurang puas hati, tidak setuju dan sebaliknya GPM sekali lagi maafkan saya, kerana saya manusia biasa yang lemah serta tidak sempurna. Kesilapan itu mungkin tidak disedari.
Kepentingan PSS
PSS di sesebuah sekolah, memang sangat penting dan berperanan sebagai pusat maklumat kepada guru-guru, murid-murid serta warga sekolah itu amnya. Tanpa PSS di sekolah, sesebuah sekolah itu kurang lengkap dan ia umpama hilang sayap untuk terbang dan mara ke distinasi yang lebih tinggi darjat kejayaan. Mengapa GPM katakan demikian, adalah kerana sekolah itu menghadapi masalah seperti tempat menyimpan buku-buku rujukan, BBM, risalah berkala, tiada tempat membaca khas dan lain-lain masalah yang pasti timbul. Untuk itu peranan PSS dalam hal tersebut sangat penting. Ada beberapa pendapat dari pihak yang lebih tinggi taraf ilmunya bahawa PSS di sesebuah sekolah adalah berfungsi sebagai NADI sesebuah sekolah. Selaras dengan gelaran yang begitu sinonim iaitu PSS sebagai tempat maklumat maka GPM berpendapat bahawa memng ada benarnya PSS itu NADI sesebuah sekolah tertentu.
PSS tanggungjawab siapa?
PSS akan dikawal serta dijaga selia oleh GPM yang dilantik khas. GPM diberi keistemewaan sebagai tenaga penggerak PSS. Namun harus dingat bahawa terdapat beberapa badan organisasi PSS, iaitu organisasi peringkat Induk, AJK Kerja, AJK Badan Pengawas, AJK Program NILAM dan AJK Kelab PSS. Jelas pada kita bahawa AJK tersebut merupakan orang yang dilantik sebagai jentera pemaju sesebuah PSS. Kerjasama dan tanggungjawab menjalnkan tugas masing-masing sangat dialu-alukan dan diharapkan. Dari masa kesemasa AJK terutama AJK kerja PSS perlu melihat tugasan yang perlu dibuat agar PSS itu efektif dan berdiri sebagai satu unit yang membawa kecemerlangan sesebuah sekolah.
Sasaran PSS
Semua maklumat itu perlu disalurkan kepada murid dan guru. Sebagai contoh aktiviti membaca di bawah program NILAM ( Nadi ilmu amalan membaca) program ini sebenarnya berkehendakkan agar nanti ramai murid atau pelajar yang suka membaca, membudayakan amalan membaca serta menambah ilmu pengetahuan murid. Oleh itu kedua-dua objek iaitu murid dan guru menjadi sasaran utama PSS sebagai tempat saluran ilmu tersebut. Jika dua elemen ini berganding serta seiring mengangkat darjat PSS maka PSS tersebut akan berjaya mencapai impian ke arah lebih cemerlang. Untuk membentuk PSS agar berfungsi dengan aktif maka kerja keras perlu dilaksanakan terutama tenaga dan akauntabiliti GPM itu sendiri. Sebagai tambahan sokongan padu dari pihak pentadbiran juga amat diharapkan.
PSS SKPK berfungsi atau sebaliknya.
PSS SKPK, alhamdulilah berfungsi dan efektif dengan menjalankan pelbagai aktiviti yang telah digariskan sejak awal tahun 2009. Aktiviti sepanjang tahun seperti berikut dijalankan dan mempunyai dokumentasi yang jelas.
* Program NILAM
* Pertandingan 1. Membaca pantas tahap 1
2. Tulisan cantik tahap 1
3. Minggu PSS
4. Pertandingan menulis karagan tahap 2
5. Pantas sukukata tahun 1 ( KIA2M)
6. Hari menderma PSS
7. Buletin mingguan
8. Program kewangan ( Jualan kecil2an)
9. Membantang perkataan 1 Bijak
10. Pertandingan pengetahuan am
11. Peminjaman buku bacaan murid.
12. Suaikenal tahun 1
13. Aktiviti keratan akhbar
14. Pertandingan fail skrap book.
GPM SKPK dengan rasa rendah diri, agar SKPK diberi kejayaan yang lebih baik, diberkati guru-gurunya dan mampu mencapai misi dan visinya. Semoga juga warga SKPK memandang dengan penuh tanggungjawab ikhlas tentang PSS di sekolah ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan