Isnin, 17 Ogos 2009

17.08.2009 Isnin Hari Penutupan Pertandingan Bunga Dalam Pasu Cantik

Asalamualaikum, salam sejahtera semua..
Rasanya gpm, perlu khabarkan dalam ruangan ini kepada semua warga skpk, bahawa pada hari ini bersamaan 17/08/2009 bersamaan isnin, telah ditamatkan tempoh pertandingan siapa bunga cantik di dalam pasu. Dimana bunga tersebut diletak di taman subaiduri. Su membawa maksud pasuan bunga.Semua bunga di dalam pasu dan baiduri itu bermaksud nama khas taman PSS agar nama tanam PSS lebih terkenal dengan nama sebegitu. Ilham nama SUBAIDURI ialah cg. Salbiah Nadzim yang diusulkannya kepada gpm suatu masa lalu.
GPM telah melantik beberapa murid sebagai ahli kelab pencinta alam, iaitu mereka adalah sekumpulan murid yang akan membantu gpm selaku pengerusi subaiduri dari segi penjagaan bunga secara berterusan. Guru besar telah memberikan kata putus bahawa taman pss ini perlu dipagar dan dijaga dengan sebaiknya agar jauh dari kerosakan binatang ternakan. GPm ucapkan terima kasih kepada GB, semua guru-guru yang amat menyokong penubuhan taman SUBAIDURI.
Sebagai pengetahuan semua AJK Taman Subaiduri ialah seperti berikut ini:-
Penasihat : En. Nasip Dipal ( GB)
Penasihat 2 : Semua 3 penolong kanan
Pengerusi induk : En. Nasrul Hakim Tugino
Penyelaras : En. Mohd Zali Ayub ( GPM)
AJK : Pn. Ahini Haisin
Pn. Salbiah Nadzim
Pn. Haryati Suhaili
En. Fian Jakirin( tukang kebun)
Pn. Jasiah Masiun( tukang sapu)
AJK Murid ( KPA)
Belly Justin
Syafiq Imran
Rechey Hendry
Alfred Paul
Asmal Tambiasin
Irfan Md. Zali
Aikymal Saidin
Frank Howell Hendry
Emanuel Anthony
Azam Sapirin
Afif Md. Zali
Nurhaziemah
Suayah Suadin
Syahirah Sari
Donysia Marius
saloun Soudi
Normala Sahanin
Arif Jaidin
Arassido Rapinin
Yahya Rahman
Ayisah Zulkifle

Rabu, 5 Ogos 2009

Mewarna Jalur Gemilang Tahun 1 Bijak


30hb Julai 2009, 6 murid terbaik mewarna Jalur Gemilang Tahun 1 Bijak telah bertanding mewarna Jalur Gemilang di Pusat Sumber pada jam 12.20 hingga jam 1.00 petang. Antara murid tersebut adalah Nurasidatul Sapinin, Ibnu Mustaqim Md. Zali, Macadam Marcellus, Love Val Jenisi dan Mohd Kamal Anuar. Antara guru yang sempat menyaksikan pertandingan mewarna Jalur Gemilang 1 Bijak ialah cg. Jerama Ak. Reban.

Aktiviti ini julung kali diadakan oleh AJK PSS SKPK. Dan pengadil bagi mewarna Jalur Gemilang tahun 1 Bijak ialah cg. June V. Gabrine. Keputusan mewarna Jalur Gemilang 1 Bijak ialah :-


Johan : Lovea val Jenisi ( 45/50)
N. johan : Ibnu Mustaqim Md. Zali ( 42/50)
Ketiga : Nurasidatul Sapinin ( 40/50)

Tahniah dan syabas GPM ucapkan. Hadiah berupa hamper akan disampaikan semasa perhimpunan rasmi pada hari isnin nanti.

Sedang khusuk mewarna Ibnu dan Kristo Yohan Jaitin di Pusat Sumber.

Cg. Jerama sedang memerhatikan Asidatul dan Lovea Val mewarna Jalur Gemilang.

Macadam dan Kamal juga sedang mewarna Jalur Gemilang.Sedang menilai warna Jalur Gemilang Cg June V. Gabrin di bilik guru SKPK.

Ahad, 26 Julai 2009

Perbincangan Pengisian Sukaneka Hari Guru SKPK Di PSS





Nampaknya warga SKPK akan menyambut hari warga guru pada 21hb Julai 2009. Cg Nasrul Hakim Tugino sebagai pengerusi permainan dan sukaneka guru-guru mengadakan perbincangan dengan semua guru pelatih IPGM di PSS, pada 17bhJulai 2009. Antara cadangan guru pelatih ialah, acara sukaneka boling padang, semakin jauh semakin sayang, pakaian beragam, isi air dalam botol, pancing botol, anyam ketupat dan acara dart. Semua guru dalam 4 kumpulan perlu mengambil bahagian. Cg. Nasrul H berkata, hadiah berupa hamper sebagai kemenangan akan diberikan.

Antara guru pelatih yang terlibat mengendalikan sukaneka kali ini ialah Cg. Jamatol Saadiah, Hayati, Rustina, Dg. Suhana, Cg. Ariffin dan Cg. Zulkarnain. Nampaknya selaku guru pembimbing Cg. Nasrul memberikan cabaran kepada mereka berenam.

Cg. Nasrul di PSS mempengerusikan perbincangan mengenai sukaneka hari guru pada 21hbJuly 2009.

Inilah suasan perbincangan tentang sukaneka yang diketuai oleh Cg. Nasrul Hakim Tugino.

Cg. Nasrul bersama 3 orang guru pelatuh IPGM Hayati, Jamatol Saadiah

Rabu, 8 Julai 2009

PSS Sebagai Pusat Maklumat Kecemerlangan

Asalamualaikum dan salam sejahtera..
Di dalam ruangan ini, GPM cuba memaparkan beberapa perkongsian ilmu yang menjurus kepada kepentingan, peranan dan maklumat tentang PSS di sekolah. Secara langsung GPM cuba menyebarkan kepada umum bahawa PSS SKPK berfungsi dengan paparan aktiviti-aktiviti mengikut takwim yang telah dirancang atur sejak awal tahun 2009. Terlebih dahulu salam kemaafan di pohon jika nanti selepas membaca maklumat yang disampaikan diruang ini, ada yang kurang puas hati, tidak setuju dan sebaliknya GPM sekali lagi maafkan saya, kerana saya manusia biasa yang lemah serta tidak sempurna. Kesilapan itu mungkin tidak disedari.
Kepentingan PSS
PSS di sesebuah sekolah, memang sangat penting dan berperanan sebagai pusat maklumat kepada guru-guru, murid-murid serta warga sekolah itu amnya. Tanpa PSS di sekolah, sesebuah sekolah itu kurang lengkap dan ia umpama hilang sayap untuk terbang dan mara ke distinasi yang lebih tinggi darjat kejayaan. Mengapa GPM katakan demikian, adalah kerana sekolah itu menghadapi masalah seperti tempat menyimpan buku-buku rujukan, BBM, risalah berkala, tiada tempat membaca khas dan lain-lain masalah yang pasti timbul. Untuk itu peranan PSS dalam hal tersebut sangat penting. Ada beberapa pendapat dari pihak yang lebih tinggi taraf ilmunya bahawa PSS di sesebuah sekolah adalah berfungsi sebagai NADI sesebuah sekolah. Selaras dengan gelaran yang begitu sinonim iaitu PSS sebagai tempat maklumat maka GPM berpendapat bahawa memng ada benarnya PSS itu NADI sesebuah sekolah tertentu.
PSS tanggungjawab siapa?
PSS akan dikawal serta dijaga selia oleh GPM yang dilantik khas. GPM diberi keistemewaan sebagai tenaga penggerak PSS. Namun harus dingat bahawa terdapat beberapa badan organisasi PSS, iaitu organisasi peringkat Induk, AJK Kerja, AJK Badan Pengawas, AJK Program NILAM dan AJK Kelab PSS. Jelas pada kita bahawa AJK tersebut merupakan orang yang dilantik sebagai jentera pemaju sesebuah PSS. Kerjasama dan tanggungjawab menjalnkan tugas masing-masing sangat dialu-alukan dan diharapkan. Dari masa kesemasa AJK terutama AJK kerja PSS perlu melihat tugasan yang perlu dibuat agar PSS itu efektif dan berdiri sebagai satu unit yang membawa kecemerlangan sesebuah sekolah.
Sasaran PSS
Semua maklumat itu perlu disalurkan kepada murid dan guru. Sebagai contoh aktiviti membaca di bawah program NILAM ( Nadi ilmu amalan membaca) program ini sebenarnya berkehendakkan agar nanti ramai murid atau pelajar yang suka membaca, membudayakan amalan membaca serta menambah ilmu pengetahuan murid. Oleh itu kedua-dua objek iaitu murid dan guru menjadi sasaran utama PSS sebagai tempat saluran ilmu tersebut. Jika dua elemen ini berganding serta seiring mengangkat darjat PSS maka PSS tersebut akan berjaya mencapai impian ke arah lebih cemerlang. Untuk membentuk PSS agar berfungsi dengan aktif maka kerja keras perlu dilaksanakan terutama tenaga dan akauntabiliti GPM itu sendiri. Sebagai tambahan sokongan padu dari pihak pentadbiran juga amat diharapkan.
PSS SKPK berfungsi atau sebaliknya.
PSS SKPK, alhamdulilah berfungsi dan efektif dengan menjalankan pelbagai aktiviti yang telah digariskan sejak awal tahun 2009. Aktiviti sepanjang tahun seperti berikut dijalankan dan mempunyai dokumentasi yang jelas.
* Program NILAM
* Pertandingan 1. Membaca pantas tahap 1
2. Tulisan cantik tahap 1
3. Minggu PSS
4. Pertandingan menulis karagan tahap 2
5. Pantas sukukata tahun 1 ( KIA2M)
6. Hari menderma PSS
7. Buletin mingguan
8. Program kewangan ( Jualan kecil2an)
9. Membantang perkataan 1 Bijak
10. Pertandingan pengetahuan am
11. Peminjaman buku bacaan murid.
12. Suaikenal tahun 1
13. Aktiviti keratan akhbar
14. Pertandingan fail skrap book.
GPM SKPK dengan rasa rendah diri, agar SKPK diberi kejayaan yang lebih baik, diberkati guru-gurunya dan mampu mencapai misi dan visinya. Semoga juga warga SKPK memandang dengan penuh tanggungjawab ikhlas tentang PSS di sekolah ini.

Isnin, 6 Julai 2009

Taman PSS SKPK


Asalamualikum dan salam sejahtera.
Alhamdahulilah dengan izinNya maka sebuah pondok berukurun 10' X 10' siap di bina pada cuti semester pertama baru-baru ini. Pondok ini terbina atas insiatif GPM SKPK selepas berbincang dengan Guru Besar ( En. Nasip Dipal ) Projek jangka panjang ini adalah untuk membantu pihak AJK keceriaan sekolah dalam usaha menceriakan kawasan sekolah secara berterusan. Projek keceriaan ini diberi nama Taman PSS kerana usaha yang telah dirancang oleh GPM selaku ketua penasihat kelab PSS SKPK.

Pondok ini memakan kos sebanyak RM500, di mana pembinaan telah dibuat oleh En. Fian Jakirin dan dibantu oleh saudara Ali hasan Hasyim. Sebagai langkah pertama penanaman bunga-bungaan di dalam pasu serta mengumpul pasu-pasu sekolah yang masih berbunga tetapi tidak dipelihara dengan baik. Pengemburan, pembajaan dan penyiraman harus dengan cara yang tepat sebagai membantu pokok bunga menjadi subur, membiak dan segar dipandang. Bukan mudah usaha ini tetapi perlu pengorbanan semua pihak AJK Taman PSS serta seluruh warga SKPK. Berjayakah program sub keceriaan ini, sama-sama kita realisasikannya, saling membantu dan bekerjasama. Projek taman pss ini buka untuk GPM sahaja tetapi perlu gadingan idea dikalangan guru-guru serta KTBM. GPM selaku pengerusi Taman PSS SKPK berharap guru besar, PK2 dan semua guru-guru memberikan sokongan kepada usaha yang sedang bermula ini dan diharapkan akan berterusan sehingga SKPK berdiri megah di kaki bukit ini. Kepada AJK yang akan dilantik tahniah dan syabas juga kepada murid yang masuk member Taman PSS ini atau kelab T-Club SKPK 2009.
Murid lelaki tahun 3 bijak bergotong royong mengguling batang kayu untuk dijadikan tempat duduk di pondok Taman PSS pada 23.07.2009.
Murid perempuan juga tidak keinggalan menyumbangkan bakti membawa batang kayu ke taman pss baru-baru ini. Mereka kelihaan sungguh seronok dan bekerjasama.
Ini pula gambar GPM bersama murid 3 bijak, selepas kerja gotong royong selesai. Best tengok murid basahkan tekak dengan aiskrim.
Timbalan penyelaras PSS juga sempat bergambar bersama murid 3 bijak.

Khamis, 4 Jun 2009

Pertandingan Tulisan Cantik Tahun 1 Bijak 2009

Aktiviti tulisan cantik tahun 1 Bijak anjuran PSS SK. Penagatan, Keningau telah berjaya diadakan mengikut takwim. Antara yang menilai pertandingan tulisan cantik 1 Bijak ialah Cg. Salbiah Nadzim guru BM Protim, Cg. Ahini Haisin guru KIA2M dan Cg Mohd Zali Ayub merupakan GPM sekolah.
Penerima tempat pertama pertandingan tersebut ialah Macadam Johensen Marcellus, Kedua Ibnu Mustaqim Mohd Zali dan Ketiga Mohd Kamal masing -masing menerima sijil kemenangan yang telah disampaikan oleh PK Hem Pn.Baetric Marcus.

Sabtu, 30 Mei 2009

Gambar-gambar aktiviti PSS SKPK

Hangat juga perbincangan masa mesyuarat ni, GPM bentangkan takwim tahunan PSS.
Timbalan Penyelaras PSS duduk bersama Pn. Siti Kaidah sedang mencatat minit mesyuarat.

Ustazah Mazila Saleh selaku bendahari PSS juga memberi cadangan semasa mesyuarat induk ini.
Nah! inilah contoh aktkiviti murid yang sesuai di simpan di PSS untuk perkongsian ilmu.

PN. Helina L selaku pengerusi induk PSS sedang memulakan mesyuarat induk PSS pada 2008

Nazir sedang meneliti sistem failing SKPK, kelihatan Sallehuddin R membantu nazir mencatat sesuatu tentang fail jQaf

Nazir ( Pn.Hasnah) memberi taklimat kepada semua guru SKPK di Pusat Sumber sekolah

Beberapa orang murid sedang membaca dalam program NILAM PSS


Kelas membaca NILAM program Pusat Sumber SKPK

Beberapa peserta pertandingan penulian esei tahun 6 anjuran Pusat Sumber pada April 2009

Ustazah Mazila Saleh mengadakan kelas membaca al Quran di Pusat Sumber pada awal mac 2009

Cg. Salbiah Nadzim sedang menjalankan Ujian Lisan BM murid tahun 4 Cerdik di Pusat Sumber














Pertandingan Public Speaking Peringkat SKPK

Panitia BI, pada tahun 2009, 13Mei telah berjaya mengadakan pertandingan public speaking yang diadakan di Pusat Sumber sekolah. 10 peserta mengambil bahagian dalam acara ini untuk merebut gelaran juara sekaligus menjadi peserta ke pertandingan public speaking peringkat Zon Pegalan, Keningau pada Jun 2009 yang berpusat di SK. Penagatan, Keningau. Syabas dan tahniah kepada yang berjaya iaitu Loreta Jenisi, Evarencia Jaitin, Hani Syafizah Mustaqim.

Kelihatan Teacher June VG, memberikan taklimat kepada tiga orang hakim pertandingan public speaking pada 20.5.2009 di Pusat Sumber sekolah.



Ceria wajah peserta public speaking di pusat sumber anjuran panitia BI semester 1. Yang pasti tetap ada dua lelaki menyertai pertandingan ini.


Loretta Jenisi peserta terbaik dari 10 peserta pertandingan public speaking di pentas penglipurlara Pusat Sumber. Loreta juga johan public speaking peringkat daerah baru-baru ini. Bunga-bunga dalam pasu menghias pentas penglipurlara di pusat sumber ini adalah milik villaza anjung seri yan g di pamerkan waktu public speaking hari itu.

Sabtu, 16 Mei 2009

Mesyuarat Guru Besar Zon Pegalan berpusat di SK.Penagatan

Semua guru besar di Zon Pegalan, seramai 6 buah sekolah iaitu SK. Ansip, SK. Rancangan Biah, SK. Ambual, SK. Kampung Biah dan SK. Penagatandan SK. Membulu,Keningau bermesyuarat di SK. Penagatan yang bertempat di Pusat Sumber SK. Penagatan, Keningau pada 15hb Mei 2009.
Pengerusi mesyuarat tersebut ialah En. Nasip Dipal selaku guru besar SK. Penagatan. Mesyuarat tersebut adalah bertujuan mencari kesepakatan untuk menjayakan satu program khas murid tahun 6 di 5 buah sekolah tersebut iaitu Kem Motivasi yang akan berkampung di SMK Keningau dijangka akan dijayakan pada 8hb Jun 2009. Semoga program ini membawa peningkatan prestasi UPSR di 6 buah sekolah tersebut. SKPK boleh bah.

Rabu, 6 Mei 2009

Minggu PSS 2008 Menarik

GPM ( Cg Zali ) sedang memberikan latihan bercerita dalam BI kepada Leon Likon anjuran PSS.
PROGRAM NILAM aktif

Salam Muqaddimah...






Warga SK. Penagatan, Keningau yang ceria-ceria

Assalamualaikum wtb....

Alhamdulillah. Laman web ini adalah cetusan ilham daripada GPM untuk diabadikan bagi seluruh warga SK. Penagatan.

Saya mengharapkan agar blog ini dapat dijadikan sebagai wadah yang terbaik bagi setiap warga SKPK untuk berkongsi pengalaman, ilmu, ilham dan wawasan.

Sejajar dengan visi dan misi SKPK, maka GPM telah mengusahakan blog ini sebagai wadah guru, KTBM dan murid-murid untuk mengasah bakat dalam penulisan dan perkongsian ilmu.

Selamat berjuang untuk semua... selamat maju jaya.

Perhatian! SKPK

Azha... GPM
SK. Penagatan


1. Guru besar En. Nasip D tersenyum manis.
2. PK.1 Pn. Helina L dan PK. Hem Pn. Beatrice M bersama Nazir di PSS .



Wajah tenang Pn. Ahini Haisin berbaju batik hijau. Timbalan penyelaras PSS